“Ketahui Rahsia Bagaimana Menjadikan Setiap iMPIAN Anda Satu Kenyataan"
Apa itu hukum tarikan ( Law Of Attraction)?
Ketahui apa dia hukum tarikan (Law of Attraction) . Satu kaedah yang luarbiasa telah berjaya membantu berjuta -juta orang mencipta kejayaan mereka. DAPATKAN APA YANG ANDA INGINKAN DALAM KEHIDUPAN ANDA. INSYA ALLAH.
Hukum Tarikan ( Law of Attraction)
Pernahkah anda berada di tempat orang yang sedang bergembira dan anda juga dapat merasakan perasaan kegembiraan? Begitu juga apabila anda berada di dalam kumpulan yang sedang bersedih, tiba –tiba jiwa anda diruntun kesayuan dan merasakan suasana emosi tersebut. Atau pernahkah anda turut juga menguap apabila rakan anda di sebelah mula menguap? Apakah fenomena ini?
Hukum ini adalah satu sistem yang berfungsi secara suatu tenaga akan menarik sesuatu DI SEKELILING apabila tenaga getaran berlaku di dalam minda seseorang.
Tenaga getaran yang dihasilkan melalu emosi akan memberikan kesan tarikan pada keadaan persekitaran.. Cara ia bergerak adalah seperti apabila anda membalingkan batu pada air. Gelombang dari kecil akan bergerak secara berbilang –bilang bulatan yang besar. Lagi besar batu dan kuat anda baling akan menghasilkan lebih besar riak gelombang itu.
Tenaga emosi terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Tenaga getaran positif ahila gembira, ceria , semangat, yakin, kasih , teruja, selesa,Bangla dan sebagainya.
Tenaga getaran negatif ialah sedíh, kecewa, benci ,putus asa, marah, dendam,sunyi dan sebagainya.
Tenaga akan mengikuti ke mana sahaja minda bergerak. Siapa diri anda sekarang dan apa yang anda rasakan sekarang , kesemuanya adalah hasil dari getaran emosi yang anda sendiri bertanggungjawab menghasilkannya samaada anda sedar atau tidak atau samada anda hendak atau pun tidak sebenarnaya Ia adalah hasil dari aktiviti minda anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan
Mengapa kita perlu tahu hukum tarikan ini? Ia adalah supaya anda tahu kaedah untuk mencipta kehidupan yang bagaimana yang anda ingin dan citakan terjadi pada anda dan keluarga tercinta. Anda adalah arkitek kehidupan anda sendiri!
Ketahui cara menggunakan hukum tarikan ( Law of Attraction) pada artikel akan datang untuk mengubah kehidupan yang lebih cemerlang!
LAW OF ATRACTION
Hukum Tarikan (Law of attraction)
Apa yang anda fokuskan dalam fikiran dan emosi anda akan menarik corak kehidupan dalam kehidupan anda. Yang serupa akan menarik pada yang serupa (Like attract like). Tanpa anda sedari ,apa yang anda perolehi dalam kehidupan anda sebenarnya adalah dalam usaha anda sendiri yang menarik pola kehidupan yang anda berikan tumpuan getaran emosi yang menyelubungi ataupun gelung tenaga yang anda bina sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Firman Allah bermaksud,
Dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). (AN-Najm:40)
Usaha yang bermula dari tercetusnya niat samaada positif atau negatif akan menghasilkan tindakan. Secara tidak langsung tenaga gelombang ini akan membawa kita kepada persekitaran,pergaulan sosial dan peristiwa yang sama dengan gelombang yang sama dengan kita.
Sebagai contoh ,seseorang yang menumpukan niat dan pemikiran yang difokuskan untuk melakukan amalan baik seperti menuntut ilmu agama akan berada di tempat seperti masjid, berkumpul dengan orang-orang yang baik dan melakukan amalan yang baik.
Sebaliknya orang yang berniat negatif misalnya ingin melakukan maksiat akan berada di sisi pergaulan orang yang bermaksiat dan berada di tempat-tempat maksiat
Pendek kata orang yang mempunyai gelombang getaran emosi yang sama akan merasa selesa dengan kumpulan masing-masing.Orang yang bermaksiat tidak akan berasa serasi dengan orang yang beriman begitulah sebaliknya mereka akan berada di dalam gelung kumpuan masing-masing.
Sepertimana yang diperkatakan oleh Jerry dan Esther Hicks "Akan tertarik kepadanya apa yang sama sepertinya.
Catherine Ponder, dynamic Law of prosperity menyatakan anda menarik apa yang anda pancarkan menerusi fikiran,perasaan,gambaran minda dan tuturkata dalam hidup anda.
Berhati-hatilah dengan apa yang anda fikirkan dan kata-kata anda samada berkata dengan orang lain atau berkata pada diri anda sendiri kerana ianya akan menarik kehidupan seperti yang anda sangkakan dalam hidup anda. Ianya adalah merupakan permintaan atau doa.
Jika anda sentiasa mengeluh tentang betapa malangnya hidup anda maka anda sebenarnya telah menjemput kehidupan malang dalam hidup anda. Anda sebenarnya akan menarik persekitaran,peristiwa dan orang-orang yang malang dalam hidup anda.
Jika anda sentiasa memikirkan dan berperasaan serta bersangka yang baik-baik dan memikirkan tentang kejayaan anda akan berada pada landasan (track) yang positif yang mana akan membawa persekitaran, peristiwa dan bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif sama dengan gelombang pemikiran yang anda pancarkan.
Sebagai contoh jangan anda fikirkan dan berkata pada diri anda saya tidak bahagia tetapi katakan saya mesti hidup bahagia dan bersyukur apa yang saya ada. Jangan kata saya selalu putus wang tetapi katakan Saya mesti dapatkan wang yang melimpah berterusan daripada pelbagai sumber. jangan kata saya pemalu tetapi katakan saya mesti jadi orang yang popular dan dikagumi.
Nyatakan keinginan anda dengan jelas secara positf untuk menarik kehidupan yang positif dalam hidup anda. Apa yang anda kata itulah kepercayaan anda. Apa yang anda percaya itulah pemikiran anda. Apa yang anda percaya itulah tindakan anda. Apa yang anda bertindak itulah hasil yang anda akan perolehi. Tetapi jika anda masih belum dapat,maka selidiklah, nilai dan membuat maklum balas apakah halangannya dan terus bertindak sehingga anda berjaya. Ini adalah lebih baik dari anda menghabiskan tenaga anda hanya mengeluh nasib buruk anda kerana anda hanya telah melakukan pembaziran dalam hidup anda.Sentiasa terus berdoa dan bertindak untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di sisi Allah.
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim (Al-Imran:57
Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga). (An-Najm:31)
Keajaiban Menanti Anda. Bayangkan Hidup Anda Apabila Anda Mengaplikasikan Teknologi Brainwave Kesuksesan dengan Langkah Mudah Ini:
Anda boleh tentukan apa jua matlamat dan saksikan ia 'menjelma' dalam hidup anda kerana sekarang anda mempunyai kaedah untuk melakukannya.
Anda sentiasa dipenuhi dengan energi positif kerana keyakinan anda terhadap hidup sentiasa berada pada tahap maksimum. Anda yakin cepat atau lambat anda akan memperolehi apa yang anda impikan.
Anda boleh menjalani hidup anda tanpa bimbang kerana anda tahu alam sentiasa di sisi anda dan anda tahu apa sahaja yang anda minta anda akan perolehi.
Anda akan lebih menghargai setiap detik dan peristiwa dalam hidup anda. Anda mampu untuk meninggalkan semalam di belakang dan mengorak langkah baru menuju hari esok. Sekarang anda mengerti kenapa hari ini digelar sebagai "the present".
Anda akan mempunyai 'kompas dalaman' yang menunjukkan arah atau tindakan yang perlu anda ambil. Anda tidak akan "sesat" lagi dalam perjalanan hidup anda.
Anda akan hidup secara harmoni dengan alam kerana anda mengerti segala apa yang berlaku adalah terbaik untuk anda.
Anda akan sentiasa mempunyai semangat dan motivasi untuk menyelesaikan apa yang telah anda mulakan.
Anda akan sentiasa yakin yang anda mampu memperolehi apa sahaja keinginan kerana halangan-halangan yang selama ini mensabotaj usaha anda telah berjaya anda "bersihkan".
Anda menjalani hidup yang bermatlamat kerana kini anda lebih jelas dengan apa yang anda inginkan dalam hidup.
Apabila anda memiliki lebih daripada apa yang anda perlukan, anda boleh memberi limpahan rezeki dan kemewahan ini kepada orang lain. Anda boleh membantu orang lain terutamanya orang yang anda kasihi untuk memperbaiki kualiti kehidupan mereka.
Cuba Anda Bayangkan Jika Anda....
• Mempunyai banyak masa terluang bersama keluarga ANDA yang tersayang
• Boleh pergi melancong ke mana sahaja yang ANDA suka - London, Paris, Disneyland
• Boleh membeli kereta dan rumah idaman anda tanpa perlu berhutang
• Tidak perlu mengunci jam untuk pergi kerja dan tidak perlu terperangkap dalam traffic jam
• Boleh mengucapkan Selamat Tinggal kepada Boss /Majikan yang cerewet,sombong dan suka dibodek
• Boleh menderma ke badan kebajikan, anak yatim dan menolong orang dalam kesusahan
Dan anda juga akan dapat melakukannya sama seperti saya dalam SEKELIP MATA sahaja!
• Teknologi Brainwave saya ini MUDAH difahami dan senang dilakukan oleh sesiapa. Semuanya di dalam Bahasa Melayu 100% dan menggunakan teknik-teknik di sesuaikan untuk rakyat Malaysia sahaja!
• Anda mungkin pernah mendengar atau mencuba pelbagai program CEPAT KAYA sebelum ini, dan nasihat saya - lupakan sahaja semuanya! Anda akan kerugian masa (dan mungkin ribuan ringgit) cuba untuk mencari teknik yang berkesan.
P.S. Jangan hanya menunggu untuk setiap impian anda menjadi kenyataan dengan sendirinya tanpa apa-apa ‘usaha’ dari pihak anda. Kecualilah anda mengambil tindakan positif untuk merealisasikan impian atau angan-angan anda, nasib dan keadaan hidup anda tidak akan berubah. Sekarang adalah masa untuk anda bertindak untuk merubah nasib dan kehidupan anda.
P.P.S. Anda mungkin pernah mendengar mengenai Hukum Tarikan tetapi tidak pasti bagaimana untuk menggunakan Hukum Tarikan ini dengan cara yang betul. Teknologi Brainwave ini akan memberikan satu panduan lengkap bagaimana anda boleh menggunakan Hukum Tarikan ini secara maksimum!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan