ANUGERAH AGUNG BRAINWAVE TECHNOLOGY
SUPER MEMORY BOOSTER
Untuk mengingati nama sendiri, mengingati tarikh lahir ibu-bapa, nombor telefon kawan-kawan dan memandu kenderaan – segalanya memerlukan ingatan yang cekap dari diari minda kita.
Mengingat adalah suatu kerja yang bukan rumit tetapi kadang-kala ia terlalu sukar bagi sesetengah orang. Bagaimanakah minda kita melakukan kerja mengingat? Kenapa kita mengingat sesuatu perkara dengan jelas tetapi terlupa pada perkara lain? Kenapa pula daya ingatan terjejas di kala usia meningkat tua? Bolehkah daya ingatan kita dipertajam? Untuk menjawab persoalan ini mari kita singkap keistimewaan memori manusia.
Tentang Otak
Mengingat adalah kerja penting yang dilakukan oleh otak. Otak adalah organ untuk mengingat, berfikir, bercakap, dan mengawal emosi. Otak merupakan pusat kawalan badan manusia yang berbentuk umpama jeli dengan berat 1.4 kilogram. Otak mempunyai tiga bahagian utama iaitu serebrum, sereblum, dan medula oblongata. Persoalan di sudut manakah tersimpannya memori dalam otak masih menjadi tanda tanya dalam kalangan saintis semenjak 200 tahun dahulu.
Pakar neuroanatomi Jerman, Franz Joseph Gall dan Flourens telah banyak memberi sumbangan dalam menyelesaikan masalah ini. Gall orang pertama yang mencadangkan bahawa kawasan berbeza pada otak mempunyai fungsi yang berbeza. Seterusnya Flourens menjelaskan cadangan Gall pada 1820, menyimpulkan bahawa fungsi sensor dan motor terletak pada lapisan yang lebih dalam, dan di sinilah proses intelek berlaku. Selepas abad ke-19, ilmu tentang anatomi dan fungsi otak semakin bertambah dengan pesat.
Bagaimana Proses Mengingat?
Ingatan jangka pendek adalah tidak stabil dan boleh berakhir dalam masa beberapa minit sahaja manakala ingatan jangka panjang adalah stabil dan kekal sehingga beberapa hari, berbulan-bulan malah mungkin seumur hidup. Pengulangan seringkali dikaitkan sebagai kaedah terbaik yang boleh menjadikan ingatan tersebut berkekalan sebagai ingatan jangka panjang.
Penemuan terbaru dan paling penting oleh Kandel adalah bagaimana daya ingatan atau memori dibentuk untuk mengingat sesuatu untuk jangka masa pendek ataupun panjang. Untuk membentuk ingatan jangka panjang, sejenis protein akan dihasilkan. Protein amat penting dalam kehidupan-berfikir, bergerak, semuanya menggunakan protein yang wujud dalam badan. Tetapi untuk membentuk memori, kita memerlukan sejenis protein baru yang harus dibina untuk menyimpan maklumat tersebut. Pembentukan protein ini berdasarkan arahan daripada gen yang akan menentukan protein apakah yang akan terhasil.
Sejenis neurotransmitter, iaitu serotonine turut memainkan peranan yang penting dalam proses mengingat. Neurotransmitter adalah bahan kimia yang membawa maklumat dari satu neuron ke neuron seterusnya dengan melintasi simpang yang dinamakan sinaps. Mengikut Cordosa, seorang ahli psikobiologi dari State University of Campinas di Brazil, Setiap kali kita memperolehi satu pengetahuan atau pengalaman baru, satu sinaps akan timbul. Ujian imbasan terhadap otak telah membenarkan kata-kata ini di mana otak seseorang yang pakar pada bidang tertentu mempunyai lebih banyak sinaps, yang berkemungkinan khusus untuk kemahirannya.
Mengapa Mudah Lupa?
Kita sudah mengetahui bahawa untuk mengingat, sejenis protein tertentu diperlukan, dan dengan kaedah mengulang, kita boleh mengingat sesuatu perkara dengan lebih lama. Namun tahukah kita apakah yang membentuk keseimbangan antara ingat dan lupa ?
Sejenis molekul kecil iaitu CREB telah dikenalpasti merupakan suis bagi penghasilan protein yang diarahkan oleh gen seterusnya menjadikan kita ingat akan sesuatu. CREB terdapat dalam dua bentuk. CREB Pengaktif akan mengikat pada DNA, seterusnya memasang gen tertentu, menyebabkan terbentuknya protein. CREB Penghalang pula bertindak menggangu tindakan CREB Pengaktif dan menghalang pembentukan memori. Kandel turut menjangkakan kejadian dementia seperti Penyakit Alzheimer turut diakibatkan oleh gangguan pada CREB Pengaktif.
Meningkatkan Daya Ingatan
Otak merupakan organ manusia yang paling istimewa. Dengannya menjadikan manusia makhluk rasional yang paling sempurna. Otak harus diasah agar potensinya bertambah tajam dan menjadi lebih aktif untuk menjalankan fungsi-fungsinya dengan lebih cekap. Begitu juga sebaliknya, jika otak dibiarkan tanpa sebarang aktiviti yang menggerakkannya, ia akan menjadi lesu dan tumpul. Aktiviti kecerdasan seperti berfikir, bermain permainan yang merangsang otak untuk berfikir, membaca bahan ilmiah dan sebagainya mampu meningkatkan ketajaman otak anda.
Mempelajari bahasa asing adalah satu senaman untuk otak. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu menguasai lebih dari satu bahasa. Kanak-kanak lebih mudah mempelajari bahasa asing berbanding mereka yang berusia. Meskipun begitu, tidaklah bermakna orang tua tidak boleh mempelajari bahasa kedua. Para intelek rata-rata mempelajari bahasa asing pada umur 20an. Bahkan ada yang mampu belajar berkomunikasi bahasa asing pada usia 40an.
Dalam satu penyelidikan yang dilakukan oleh para neurosaintis di Eropah, mereka mendapati bahawa proses pembelajaran bahasa asing mampu mengubah anatomi otak. Jirim kelabu otak iaitu bahagian yang mengolah informasi akan berkembang dengan pesat umpama setelah melakukan olahraga. Sebagaimana telah dimaklumi oleh para ilmuan sebelum ini bahawa otak mampu mengubah kemampuan strukturnya akibat ransangan, memang diakui bahawa kapasiti otak akan bertambah dengan pembelajaran bahasa asing. Penelitian pada otak telah menunjukkan mereka yang menguasai lebih dari satu bahasa mempunyai sel-sel kelabu yang lebih banyak dan padat terutama jika mereka menguasainya semenjak kecil.
Di samping itu, di dapati anak-anak yang mengikuti program bahasa asing (bilingual) menunjukkan perkembangan yang lebih pesat dalam proses kognitif, kreativiti dan divergent thinking berbanding anak-anak monolingual. Mereka yang bilingual juga didapati mengalami kemerosotan mental yang lebih lambat.
Ramai yang mengatakan bahawa, mempelajari bahasa asing menghabiskan kapasiti memori yang sepatutnya digunakan untuk tujuan yang lebih penting. Sebenarnya tanggapan sebegini adalah tidak benar. Ini sebab semakin banyak maklumat yang diperolehi, semakin banyak unjuran glia yang akan tumbuh. Unjuran glia telah dikenalpasti berfungsi menyimpan maklumat di otak sebagaimana yang dilakukan oleh simpang sinaps.
Kehidupan kita keseluruhannya bergantung kepada daya ingatan, dan daya ingatan inilah yang menjadikan siapa diri kita hari ini. Daya ingatan boleh meningkat atau menurun bergantung kepada amalan kehidupan kita seharian.
Beberapa perkara yang boleh meningkatkan ketajaman minda seseorang :
Membaca dan menghafaz Al-Quran boleh meningkatkan ketajaman minda seseorang. Ini terbukti apabila para huffaz (penghafal AlQuran) di seluruh dunia tidak pernah direkodkan sebagai pesakit gangguan mental ataupun masalah nyanyuk.
Menggunakan Produk Anugerah Agung Brainwave Super Memory Booster untuk meningkatkan daya ketajaman minda.
Merangsang pertumbuhan minda anda ke tahap yang optima. Beri minda anda cabaran dan belajarlah kemahiran-kemahian baru yang berbeza dari bidang anda. Jika anda seorang jurutera, belajarlah berkarya, jika anda seorang suri rumah, belajarlah Bahasa Arab.
Melaungkan idea dengan kuat boleh menukarkan ingatan jangka pendek kepada jangka panjang.
Gunakan kaedah mnemonik untuk mengingati langkah-langkah atau fakta-fakta penting. Jangan hafal semua perkara.
Ambil vitamin yang boleh membantu menguatkan memori anda.
Minum air yang cukup . Kajian menunjukan dehidrasi boleh mengganggu memori, menyebabkan kekeliruan dan kesukaran berfikir.
Dapatkan tidur yang cukup. Tidak cukup tidur boleh menyebabkan gangguan pada konsentrasi dan proses penyimpanan maklumat.
Jauhkan diri anda dari bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan minda seperti merokok, mengambil alkohol, dadah, dan telalu kerap menonton television atau mendengar radio.
BAGAIMANA CARA MENGGUNAKANNYA ?
Dalam setiap pembelian aplikasi ini Anda akan memperoleh 1 Produk Brainwave yang berisi file aplikasi beserta petunjuk pemakaiannya. File yang berisi di Brainwave tersebut dapat diputar di CD Player, CD/DVD-ROM di komputer, atau dapat di copy ke dalam MP3, MP4, MP5 HP yang mempunyai player MP3, iPod, dan lain-lain.
Cara penggunaannya juga sangat mudah :
• Ambil sikap santai, relax dan nyaman dengan cara berbaring, atau duduk. Lepaskan semua ketegangan anda sejenak.
• Dengarkan aplikasi tersebut melalui headphone. Harap diperhatikan posisi headphone jangan sampai tertukar, headphone yang digunakan untuk telinga kanan (Right) harus dipasang di telinga kanan dan headphone untuk telinga kiri (Left) harus dipasang di telinga kiri pula. Sebetulnya mendengarkan dengan speaker juga dapat dibenarkan kerana aplikasi ini dibuat dengan “Isochronic Technology”, namun Kami menyarankan menggunakan headphone untuk hasil yang lebih optimum.
• Aturlah dengan volume yang selesa di telinga Anda, tidak perlu terlalu kuat.
Tidak ada waktu khusus untuk terapi, Anda dapat melakukannya pada bila-bila masa saja. Namun Kami sarankan waktu terbaik untuk melakukan terapi adalah pagi, petang atau malam hari 30 minit sebelum tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan